CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 18, 2011

~ t e r i n g i n ~ . . . . . . p a r t d u a

Ha..
ni aku nak tunjuk kerang
yang aku masak semalam..
besttttt sgttttt..



Ni la kerang masak cili aku..
aku rasa kalau
letak cili api pon sodap nihh..

Resepi :-

kerang (sekilo)
cili kering kisar (2 sudu besar, boleh tambah kalau nak pedas)
tomato (sebijik)
bawang besar (sebijik, saiz sederhana)
bawang putih (3 biji)
serai (sebatang)
halia (sikit je)

Cara:-

Kisar sume bahan kecuali kerang.
Tumis bahan kisar.
Perasakan dengan garam/gula dll.
Kalau suka berkuah, tambahla sikit air.
Masukkan kerang dan masakla
sampai kerang tu masak.
Siap..!!!!!





Thursday, March 17, 2011

~ t e r i n g i n ~ . . . . . . p a r t s a t u


ihihihhi.....
aku dah masak asam pedas..
shedapppp...

Aku masak asam pedas
selasa aritu.
mula² aku masak asam pedas ikan kembung
pastu kan tak abis..
kuah dia banyak lagi..
sayang nak buang,
aku simpan jela.

Pastu kan malam tadi aku buat
asam pedas udang pulak.
sedap gakk
rasa masam² ngan manis² udang tu
sedap.. sedap.. sedap...

Malam ni aku nak masak
kerang pulak...
ihihhi...

Tapi kan....
bukan rendang kerang
aku nak buat kerang masak cili jek
mesti sedap kan...
yum...yum...yum...

Sebelum ni aku memang tak makan kerang
tapi sekarang ni,
macam dah suka lak ngan kerang..
takpe.. takpe..
malam ni dinner aku
berlauk kan kerang....
uhuhuuuhu...




Tuesday, March 15, 2011

~ t e r i n g i n ~ . . . . . . .

Wehhh....
lame betol tak update
Malas aku nak update blog ni
Kalau jenjalan kat rumah orang lain..
aku rajin la..
hik..hik..hik..

Sekarang ni kan..
Aku teringin sangat nak makan

*
*
*
*
*
*

A S A M P E D A S . . .


K E T A M B A K A R . . .


R E N D A N G K E R A N G . . .



Tapi kan....
sekarang ni..
aku M A L A S sangat nak
masak memasakkk...!!

Nak beli pun,
takut tak kena dengan tekak aku
uhuhuhu..
Nak tak nak aku kena
merajin diri
untuk masak benda alah ni..

Ingat semalam nak masak asam pedas tu,
tapi masa balik keja
hujan lebat lak
tak dapat la nak pegi kedai
beli barang..
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

Ni sume gara-gara tengok
blog Elysot la nih.!!
Memang terliur aku tengok
asam pedas ikan mayong dia...!!!
Nampak sedapppp..!!

Tak pe..
petang ni
kan ku usaha kan
asam pedas ituuu...!!!

akan lebih berhati-hati selepas peristiwa berdarah itu... (^_*)




Friday, March 4, 2011

Kronologi 2 line....~~~!! last part

Ni entry sambungan ye...

Dalam masa aku 'pregnant' ni,
memang kena selalu berjaga-jaga la kan..
Makan kena jaga
perangai kena jaga..
pokok nya sume kena berjaga-jaga...

Dalam masa ni jugak
aku tak nak pikir yang aku tengah pregnant.
Banyak aku pikir masa ni..
tu la... ni la...

Kalau korang nak tau,
aku masih lagi belum percaya yang aku ni pregnant.
Suka, memang la suka
tapi aku takut jadi duka pulak..

Oleh sebab aku masih lagik
was-was..
15-02-2011 / Selasa
Aku pegi check kat Poliklinik An-Nisa.
Memula nak pegi kat Klinik Jameaton tu, tapi tutup lak.
Yela masa tu pon, cuti Maulidur rasul.
memang la tutup kan..
Tapi nasib baik Poliklinik An-Nisa tu buka,
Gi la check kat situ.
Check UPT je..
result sama ----

POSITIF


Masa tu hati ni dah berbunga-bunga riang dah...
Doktor tu siap bagi due date lagi
02-10-2011
kandungan baru 7 minggu,
aku nak scan tapi doktor tu
cakap baby kecik lagi.
Kalau nak scan datang lagi 2 minggu...

Tapi.....
Ada tapi lagiiiii....
Aku ni gila la agaknya...
Aku still takut lagi..
Was-was lagi....

Last-last suami aku nak bawak pegi
Klinik Jameaton untuk scan
samada aku ni pregnant ke tak....
Sebab dia dah malas nak dengar aku
cerita pasal kandungan anggur dengan kandungan kosong tu,
Suami aku janji nak bawak 26-20-2011 nanti..
Ok aku sabar.....

Sekali lagi gila aku datang...
aku beli lagi pregnancy test..
aku test lagi...


3rd UPT
26-02-2011 / Sabtu @ 3.41 petang

Result ----

POSITIF!!!

Ni adalah kali terakhir aku buat UPT.
Sebab lepas tu, aku dah gi klinik untuk buat ultrasound..

Masa on the way gi klinik tu
macam-macam rasa ada..
takut..seram..gerun..nak muntah..nak berak
sume ada.....
gila kentang aku takutttt...!!!!

Lepas buat ultrasound
aku dah boleh tidur malam dengan nyenyak nya..
tanpa bermimpi mandi kat swimming pool lagi
uhuuhuu....

Lepas ni aku dah boleh update blog pasal baby....
Lepas ni aku dah boleh survey barang-barang baby...
yeahhhhhhh...!!!
Alhamdulillah....
Syukur sangatttt...



26-02-2011 / Sabtu @ 5.00 petang
baru 9 minggu





Wednesday, March 2, 2011

Kronologi 2 line....~~~!! part 2

elloooo....
Ok, ni sambungan dari entry semalam ye.

Lepas aku buat UPT tu, aku lebih berhati-hati la
dari segi makan, tingkahlaku dan sume-sume la...
Banyak nasihat dari kawan²,
sume nya aku ikut..
jangan buat kerja berat,
jangan makan tu, jangan makan ni,
memang bertuah la rasa nya...
Masing-masing suka bagi nasihat..

Pastu kan....
tetiba je
aku terbaca satu artikel ni,
pasal kandungan anggur
dengan kandungan kantung kosong..
ha ambik ko...!!!
terus tersentap!!
tetiba je hati aku jadi kecut, berdebar²
serius..
aku memang takutttt...
Tiap-tiap hari aku baca artikel tu berulang-ulang.
Gila...aku memang takut.
Takut-takut kalau benda² tu terjadi kat aku.

Oleh kerana aku dah takut sangat
aku buat UPT kali kedua..
keputusan nya

* * * * * * * * *

Sama....

POSITIF !!


2nd UPT
14-02-2011 / Isnin @ 6.44 petang

Aku cuba memPOSITIFkan fikiran aku..
Pikir yang baik-baik je...
Kawan² yang banyak bagi nasihat...
Terima kasih banyak²...

bersambung....




Tuesday, March 1, 2011

Kronologi 2 line....~~~!! part 1

Alhamdulillahh....

Aku mula kan bulan Mac ni dengan
entry yang gila² meng'hepi'kan aku..

Aku dah pregnant weiii....!!!
hepi gileeeeee.........!!!
Alhamdulillah..
Setahun aku tunggu.
Betul bak kata orang
' penantian itu satu penyiksaan '
Tapi aku betul² bersyukur dengan kurniaan ini.
Sekali lagi..
Alhamdulillahhhhh.....

-----------------------------------------------------------------------------------

~ Kronologi 2 line ~

Cerita ini bermula dari....

Aku tak datang period, last period 24-12-2010..
lewat dah 3 minggu.
Dalam masa tu, macam² aku rasa,
kalau malam badan aku panas gila
macam nak demam, tapi siang ok jek.
Kalau masa makan pulak, ada rasa loya-loya.
Pastu asyik² lapar jek. Baru lepas makan
dah lapar. Sampai suami pon naik heran jugak la.
Asik-asik nak makan je...

Pastu kan masa naik keje
lepas cuti raya cina hari tu
aku ada menyampah dengan
sorang ofismate aku ni..
Memang menyampah gila²..
Dia pulak suka sangat menegur sapa dengan aku..
Kalau pagi² tu, aku siap sorok muka lagik
tak nak bagi dia tegur aku.
Buat² tidur la... buat² tak dengar la
dia panggil..
Ntah la memang aku tak suka gila la kat dia.

Masa ni dah terdetik kat hati
"mengandung ke aku ni..??"
Aku cite la kat suami,
dia pulak kata hujung bulan baru gi check.
Aku pon ok jela..

Tapi.....
Sesunguhnya aku ni jenis orang yang tak sabar,
11-02-11 hari jumaat aku ajak member pegi Anjung,
aku nak beli pregnancy test tapi member aku ni ada....
segan pulak
alih² aku kelentong dia, aku nak carik ubat gatal.
hukhukhukhukhukkk....
Saja² je aku yang konon² nya nak carik ubat gatal,
aku ingatkan member aku ni
nak tengok barang lain.
Tapi dia asik ikut aku jek...
sabo jela....
Last² aku rembat gak pregnancy test tu.
Dua lagikk...
Pastu aku cakap kat member aku tu,
' ala saja nak buat stok '
iihihihiihih.....
Nasib baik dia tak banyak tanya...

Esoknya, 12-02-11 aku bangun tidur,
kebetulan suami baru balik (shif malam)
terus aku aku buat UPT..
Pastu.....
terus naik 2 LINE...
laju....
jelas.. nyata.. dan terang..
menjerit aku pagi-pagi tu...
terus tunjuk kat suami.
Dia pon dah terlompat-lompat....
hhahahahh....
seronok gilaaaa!!!!!!

Ni 1st UPT
12-02-2011 / Sabtu @ 7.41 pagi

Ya Allah time ni memang seronok betul...
Aku siap mms gambar ni kat adek beradek aku...
tak lupa jugak,
aku post status kt FB.

bersambung....