CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 15, 2013

~ Donut oo Donut ~

salam sume....
selamat pagi...  selamat hari selasa.. ☻
nak cerita ni, hari tu aku buat donut..
pestime buat tau.. nasib baik jadi donut aku..
resepi donut ni aku ikut resepi kak izah daut..


gebu tau donut ni... aku buat ni minggu lepas
tapi baru goreng semalam.. aku frozenkan..
ni la resepi paling senang nak buat donut tau..
sedap pon sedap... 
 
resepi : 

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin


Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
 
 
senang kan.... guna tangan pon boleh.. ☻ 
kalau nak frozen kan, goreng sekejap bagi yis tu mati
pastu simpan la peti ais....
 
 

1 comments:

SITI AISYAH

hi..shida..camne nk frozenkan donut tuh..ada org kata goreng separuh masak then simpan..betul ke?