CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Try Test. Show all posts
Showing posts with label Try Test. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Spaghetti Lagikkk!~!~!~!!

~ Haiiiii........

Macam kemarin jugak

Spageti lagikk

Tapi kali tukar stail masak lak

Semalam, makan petang untuk suami

Aku masak black pepper spageti...

uhuuhu.......

Ni pon mengancam gak..

pergghhhh..!!!!!!!!

Hangat... Panas... Sedap...







Wednesday, December 15, 2010

Spaghetti Sardin

Salam sume...

Menu petang semalam...

Sebelum suami pergi kerja..

Sedap tol la spageti sardin ni

memang menjilat sudu dan garpu..

uhuuhuhu...

Senang.. Cepat.. Sedap..!!!!

Apa pon memang TERBAIK la...

\(^-^)/



abaikan hidangan yang tidak berdeco ni. nak cepat!!







Friday, October 29, 2010

Fruit Jelly..!!~~

Salam.....

Dah lama teringin nak buat fruit jelly ni, ramai chef otai kat dunia blog ni dah buat tu yang aku teringin nak buat.. =)) Senang je rupa nya buat benda alah nii... Semudah ABC hahhaha....

Semalam timbul semangat rajin nak buat jelly ni, kebetulan bahan pon memang dah lama ada, balik keje terus buat. Alhamdulillah.. menjadi fruit jelly aku.. Resepi aku ambik dari Kak Nor, aku tak kenal akak ni tapi aku selalu tengok blog dia.. hihhi... Kat tepi blog aku ni, ade aku masukkan link blog dia. Senang nak tengok kalau dia ada update blog =))

Ni la dia rupa fruit jelly aku..
Sedap.....




Friday, October 15, 2010

Roselle oh Roselle~!!!

Salam sume...

Tadi baru je dapat bunga Roselle segar dari kawan opis. seronok sangat!!! maceh ye Yang..!!! aku memang ngidam nak minum air roselle ni. hihihihi.. sekadar mengidam je ehh :P

Rugi kalau kita tau minum je, tapi tak tau apa khasiat bunga roselle nih.. kat sini aku nak bagitau apa khasiat roselle.. banyak betul khasiat roselle ni. memang berbaloi-baloi..!!!








Khasiat Roselle :-

* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan


NUTRISI ROSELLE

Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2.

Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan).

KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan).

Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE

Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Ha... banyak kan khasiat dia.. =)) tak sabar nya nak balik rumah, nak buat jus roselle nih.. pastu boleh buat jem roselle skali.. memang sedap makan dengan roti.. sungguh enak dimakan begitu saja....!!!!!



Friday, October 8, 2010

** kek gula hangus a.k.a kek sarang semut **

Salam sume...

Ni aku cite nih.. semalam aku cuti, terlebih rajin lak, aku buat la kek sarang semut a.k.a kek gula hangus.. alhamdulillah menjadi kek aku. Ni pestime buat tau..!!! tersangatla suke sebab kek yang aku buat ni menjadi.. kat sini aku nak tunjuk kan cara aku buat yea... walaupon tak de orang nak tengok!! kah kah kah.......




masak secawan gula



masak sampai gula bertukar kaler ke coklat



masukkan secawan air. kacau sehingga gula hancur



masukkan 2 sudu besar butter. kacau sampai sebati. tutup api



pecahkan 4 biji telur. pukul telur sampai telur kembang



masukkan secawan tepung gandum dan 2 sudu besar soda bikarbonat



masukkan secawan susu pekat. gaulkan



titiskan beberapa titisan esen vanila. masukkan air gula yang dah dimasakkan tadi. gaul sebati.



masukkan dalam loyang pembakar. perap bancuhan selama 3 ke 4 jam



setelah itu, bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180



Siap....!!!!!!!!!!!!






***** pasni aku nak try buat kek buah pulakkkk..!!!



Thursday, August 5, 2010

~ Air Halia ~

Dah buat dah ... eeee yerrrr...... seeeeddaaaaaapppppppppp..!!! hihih... memang berkesan tok buang angin ye puan2.. tak best sgt. cube la buat. (^_~) kat sini aku nak tunjuk cara aku buat air halia ni ye.. =D



amik halia, basuh bersih2..




tumbuk bagi pecah je ye.. jangan sampai hancur lak




masukkan dalam periuk, letak air. pastu rebus la..




letak gula, ikut kemanisan masing2 ye.. mase ni kalo ade daun pandan bolehla letak ye. aku xde.. =P



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

pastu rebus la bape lame pon yg korang suke.. =D
nnti air halia tu akan jadi cmni....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

sejukkan dulu, pastu masukkan dalam peti sejuk / letak ais.
sedap diminum sejuk2




Monday, August 2, 2010

Khasiat Halia


Ari ni aku rase cam nak minum air halia je.. Best x..??? Seacrh punye seacrh jumpe la info pasal halia.. Macam best jek aku tengok halia nih.. Setau aku khasiat halia ni buang angin dalam badan je.. Malam ni aku nak try test la. buleh gak buang angin kan.. hik3..

Cara nak buat air halia pon senang. X leceh pon. Rebus je halia ngn air, letak selai due daun pandan. Pastu kalo nak manis letak la gula / gula batu.. Kalo agak2 tokak tu toba (tebal) x payah la lotak gulo.. hohoho... Anda berani...???

HALIA atau nama botani nye Zingiber Offcinale Ross, atau nama dalam bahasa lain, Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Lia (nasib baik x lieyalatif.. kah3..) (Indonesia), Kinkh, Khing-daen (Thailand).

Antara khasiat halia yg aku x penah tau..;

1 - Membantu untuk menghadamkan makanan.

2 - Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.

3 - Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.

4 - Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.

5 - Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.

6 - Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.

7 - Menghilangkan bau busuk mulut.

8 - Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

Pendek kata, halia ni memang bagus tok kesihatan. Daripada kite minum air bergas tu, air manis2, lebih baik minum air halia kan..??? Berkhasiat gitu... hik3..

*** seronok dengar lagu raye nih... tetibe mood raye datang.... =D