CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 23, 2013

~ Roibos tea yang sedap ~

halluuuuu...
nak berkongsi kebaikan roibos tea yang sedap ni..
ni produk cosway.. aku bukan nak mempromote eh,
tapi sekadar nak berkongsi kebaikan kalau kita minum teh ni je ☻
teh roibos ni rasa dia sedap tau..
memang tak rugi beli.. huhu..


setelah aku search² aku jumpa ni, kebaikan roibos tea...

* Mengandungi S.O.D. (Superoxide Dismutase). S.O.D. dapat meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Selain menghalang ketuaan, ia juga dapat memperbaiki kerosakan sel
* Membantu mengurangkan pigmen melanotik dan menjadikan kulit lebih halus
* Membantu mengurangkan peroksida lipid
* Kaya denga anti-oksida bioflavonoid yang dapat menambahkan kekuatan kapilari, meningkatkan peredaran, menghalang pendarahan dan melindungi jangkitan
* Membantu melegakan insomnia, kekejangan perut, sembelit dan bagi bayi yang menghidap kembung (kolik)
* Membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan kegusaran
* Dapat melegakan kesan pada kulit apabila disapu terutama ruam lampin dan penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat
* Ia adalah minuman tanpa kalori yang dapat menenangkan keadaan, dan sesuai untuk mereka yang mementingkan pengawalaan berat badan
* Baik untuk menghilangkan dahaga terutama bagi para atlit
* Bertindak sebagai tambahan bagi kalsium, mangan dan flourida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat
* Membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan
* Membantu memulihkan keletihan akibat senaman
* Membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga
* Membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah
* Dapat membantu mengurangkan paras kolesterol
* Dapat mengurangkan nafas berbau
* Dapat membantu mententeramkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh minuman keras

cara nak bancuh teh ni sama je dengan teh boh, teh lipton..
amek satu uncang, rendam dalam air panas
letak gula sikit... kacau²..
tunggu sejuk.. minumm..!!
kalo nak letak ais pon boleh je.. ☻

Tuesday, January 22, 2013

~ Cauliflower Goreng ~

salam sume...
ni nak kongsi satu resepi yang sangat² la senang
sedap pon sedap.... boleh buat lauk
tak pon untuk minum petang..


bahan
 
cauliflower / bunga kobis
tepung goreng ayam
telur

caranya

pecah telur, letak air sikit then pukul sebati
celup cauliflower dalam tepung pastu
salutkan tepung plak,
pastu goreng...

senang kan...?



Tuesday, January 15, 2013

~ Donut oo Donut ~

salam sume....
selamat pagi...  selamat hari selasa.. ☻
nak cerita ni, hari tu aku buat donut..
pestime buat tau.. nasib baik jadi donut aku..
resepi donut ni aku ikut resepi kak izah daut..


gebu tau donut ni... aku buat ni minggu lepas
tapi baru goreng semalam.. aku frozenkan..
ni la resepi paling senang nak buat donut tau..
sedap pon sedap... 
 
resepi : 

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin


Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
 
 
senang kan.... guna tangan pon boleh.. ☻ 
kalau nak frozen kan, goreng sekejap bagi yis tu mati
pastu simpan la peti ais....
 
 

Wednesday, January 9, 2013

~ Pembikinan Pavlova ~

hai kamu² semua....
ni nak cerita al-kesah nya PAvlova..
dah lama dah buat ni sebenarnya
tapi baru hari ni nak upload cerita kat blog..

masa ni aku buat kat opis tau.. huhuh...
pakat² dengan opismate merangkap bos² aku..
kat opis kita orang memang agak rapat jugak la..
boleh tu aku yang kerani ni main masak² dengan 
doktors.... hahaha....

ni semua idea aku la...
tak sangka la plak dorang² tu setuju nak 
buat pavlova ni...
kita orang buat ni, masa rehat tau.. ari jumaat..
bagi² tugas.. orang ni bawak ni, 
orang tu bawak tu..
aku plak bawak oven dengan loyang..


ni antara bahan²...

semua pon tau kan buat pavlova ni macam mana..
 
putih telur +tepung jagung+cuka+esen vanila
pastu pukul sampai bertanduk².. soft peak..
ni dinamakan meringue..


dah tu bakar la dalam oven selama 1 1/2 jam
bila dah 1 1/2 jam tu, bukak pintu oven sikit
biar meringue sejuk dalam oven..


ok.. bila meringue dah siap kita ready untuk buat 
topping plak ye...
masa nak buat topping ni ada sikit masalah..
tersalah beli whipping cream plak..
masa ni bos aku 2 orang pegi alamanda untuk carik 
whipping cream... oleh sebab whipping cream yang non dairy 
tak de.. dorang main beli jela yang dairy punye...


ha ngko.. tula kalau dah resepi kata non dairy
beli jela yang non dairy punye...
derhaka tauuu..!!!


ha... tengok apa sudah jadi..???
ahhahahaha.... memang tak jadi topping pavlova la
kalau gini...

last² bos aku tadi keluar balik g alamanda 
beli benda alah ni plak
 

ha ambek ngkooo....
hahhaha.... senang keroje mak jemah..
pancut je kat atas meringue tu..
pastu susun la buah²an 
maka terhasil la........

pavlova kami.....
sedap jugak.........


Tuesday, January 8, 2013

~Mee Maggi Ala Kelantan..♥♥♥

Haiiiii.... 
ada tak tengok iklan maggi tu..?
macam² stail ada kan...
ala itu laa.. ala ini la...
bila tengok iklan tu, terasa plak nak cuba
sedap ke tak stail ala-ala ni...

Puas aku carik kat fb maggi, tapi tak jumpa pon resepi tu
ntah pape tahh...
last² aku carik kat you tube..
jumpaaa....!!
terus cubaaaaaa
mee maggi ala kelantan... la sangatttt
 
Takda la sedap sangat pon...
biasa² je rasa dia... ☻
 
 mee maggi ala kelantan

bahan² 
mee kari maggi
udang 
sebatang serai - diketuk
cendawan tiram
daun limau purut
cili api
air 340ml


didihkan air.. masuk perencah maggi kari
masuk udang. serai, cendawan tiram
pastu masuk cili api, biar udang masak sikit
masuk mee maggi, daun limau purut..
biarkan mendidih kejap..
siap..!!!!



 

Friday, January 4, 2013

~~ Kuih Udang a.k.a Cucur Udang ~~

haii..!!
minggu ni memang mood rajin la kann
hari² nak masak, hari² nak update entri dalam blog ni
huhuh.. petang semalam buat kuih udang
request dari asben,..
maka terhasil la.........
 kuih udang versi suka² hati aku laaa.. ☺
 
 ha.. ni la dia..

masa nak buat kuih udang ni, 
yang mula²  tu tak berapa nak jadi sangat.. 
sebab aku dah terover mencedok bancuhan tepung 
sepenuh² nya dalam senduk tu.. huhu...
sepatutnya kena separuh je..

ok.. meh kita mula dari awal ehh

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil mauripan
1 1/2 cawan air
1 sudu kecik garam
sedikit serbuk kunyit
sebiji telur
carrot
kobis
daun sup

~ satukan semua bahan dan biarkan selama 1/2 jam

pastu panaskan minyak.. minyak kena banyak eh..
cedok bancuhan tepung.. kira² separuh dari senduk,
jangan penuh² sangat, nanti melekat kat senduk je tepung tu
last² hangus.. macam jadi kat aku semalam.. huhuhu
 
 
ni penuh ni.. sepatutnya separuh je.. 
letak udang, tekan sikit tau udang tu
bagi dia melekat kat bancuhan tepung tu..
 
 
pastu celupla dalam minyak panas.. 
goyang² sikit.. kuis².. sampai kuih udang 
tanggal dari senduk tu.
goreng sekejap je tau, jangan lama²...
agak² dah masak la...
baru angkat...


ready untuk dipotong...
 

 siap..!! dah boleh makan dahh..

ni pulak sos untuk kuih udang...

Bahan untuk sos
 
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
 2 biji bawang merah ~ ditumbuk
1 ulas bawang putih ~ diketuk
3 sudu air asam jawa
garam + gula

tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar
pastu masuk sos...
masuk air asam jawa, garam & gula
siap..!!!


Thursday, January 3, 2013

~~ tips untk mengasingkan minyak ~~

Ceh.... tajuk punya tak boleh blahh
huhu... sebenarnya aku sekadar nak
berkongsi apa yang aku tau je...

Selalu kalau kita masak, mesti ada 
serdak² kat minyak kan.. nak kan kalau
goreng nuget.. memang banyakla breadcrumb 
yang gugur ke minyak tu..
aku selalu jadi macam tu, 
sayang pulak nak buang minyak tu
nak² kan minyak yang baru pestime kita pakai..
biasa nya aku akan guna minyak masak ni 2 kali je..
dan aku adalah sangat jimat bila nak guna minyak..
tak la membazir kan... bila dah guna, tapis..
pastu boleh guna sekali je minyak tu. ☺ 

Memula aku tak tau macam mana nak buat
nasib la ada opismate yang bagitau...
dan aku amalkan sampai sekarang...

 selalu jadi macam ni kan...

 ha.. amik kitchen tissue alas kat penapis, 
cam kat dalam gamba ni la

pastu, biarkan sampai kering...
serdak² tu akan tinggal kat tisu..
dan minyak kita akan jadi jernih dan bersih..
☺senang je kannnn...


Wednesday, January 2, 2013

~~ Sagu Gula Melaka ~~♥


Salam sume..

Entri pertama di tahun baru..
huhuhu..
mintak² rajin la aku menulis kat blog ni..

Malam tadi, boring sangat..
terus terpikir nak buat sagu gula melaka
dah lama dah nak makan menda ni
tapi asik tertangguh je..

taraaaaaa... 
dah siap pon
tak susah mana pon buat menda ni..
cuma leceh tang nak masak sagu tu je la..
 


 masak gula melaka
 
 masak santan..

ready untuk dimakan...

Bahan²

1 cawan sagu putih
1 ketul gula melaka
1 kotak santan {aku guna santan kotak}
daun pandan

Cara nya

Masak santan pekat dengan sekotak air biasa {aku guna kotak santan tu je}
tambah sesudu kecik garam. letak daun pandan
hancur² kan gula melaka, then masak sampai gula larut.letak daun pandan,
bila gula dah larut, tapis air gula dan sejukkan.
Didihkan air, masukkan sagu 
bila nampak macam dah pekat, buang air dan tambah air baru
masak sampai sagu kembang.. toskan
Bila semua dah masak, sejukkan dan kemudian
baru la boleh dihidangkan.. 
Masak itu mudah.. bukan..??
ahaha..!!!