CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 5, 2011

Apam Coklat..

Salam,..

Sebenarnya apam coklat ni dah lama sangat aku nak buat
tapi tak de acuan dia..
Bulan lepas aku balik rumah mak,
singgah jap kat kedai bakery
ternampak lak acuan kuih lompang
terus aku beli..

Bila dah sampai rumah,
terus aku buat...
menjadi...
sedap...!!!!
Bahan² pon memang dah ada kat rumah
Nak buat pon, tak de la susah mana
senang jekk...

Semangat berkobar² bila tengok ofismate
aku buat apam coklat ni.
Tu yang tekad nak cari acuan kuih lompang tu.
Sebelum ni tak nak buat sebab acuan tu tak de,
macam tak best la pulak kalau buat apam coklat
tu bentuk lain-lain kan...
Sekarang nih, hari² pon boleh buat...
uhuhuhuhu....


sebelum masak

sebelum masak -
ada lebih aku masuk kat dalam bekas plastik putih tu

baru je angkat dari pengukus

sedapppp......





Monday, January 3, 2011

Mari buat SUSHI...


Salam...

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2011 kan..
Rasa cepat sangat masa berlalu..
Bertambah lagi satu angka umur aku...

Aku rasa belum terlambat kot nak
ucap

'' SELAMAT TAHUN BARU ''

Moga harapan, cita² aku pada tahun ni
akan tercapai..

Aku tak mintak banyak pon...
Cuma tu je la..

Kesihatan.. Kebahagiaan.. Kesejahteraan
kami sekeluarga..
aminnnn........

---------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas aku ada cuba² buat sushi
Alhamdulillah menjadi...
Walaupun tak sesedap Sushi King..
ah... kira jadi la tuhh
janji sang suami kekenyangan
...........

^_^

kira sedap la tu..
hiihihi.....

Ni kira sushi yang sangat simple..
senang sangat² okey..!!!

Kalau nak cuba pon boleh..
Ni aku nak tunjuk cara aku buat yehhh

Mula² korang mesti la kena ada bahan² kan
kalau tak da camna nak buat... =))


Bahan² nya :-



Beras sushi tu masak ikut cara yang dia
tulis kat belakang ye...
(bila dah masak gaulkan nasi dengan sedikit minyak)

Hotdog, crabstik tu rebus dulu ye..

timun tu pulak potong memanjang..

Satu lagi bahan yang tak da dalam gambar,..
lada sulah..
terpulang pada selera masing²
nak letak lada sulah ke..lada hitam.. garam ke..
ajinamoto ke..
terpulang k...!!!

Cara² nya pulak :-




sediakan plastik yang lebih besar dari seaweed ni ye..
letakan seaweed atas plastik



letak beras sushi yang dah masak.
ratakan..


taburkan lada sulah..


letak crabstik/hotdog dan timun yang dipotong panjang²


kemudian, gulung perlahan² ye..
oleh kerana kerakusan aku seaweed tu terkoyak..!!
jangan ganas² okeyy..


pastu potong ikut saiz yang korang nak k...



taraaaaaaa.... ni la sushi aku..!!
dah siap.....



CUBA LA.......