CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 15, 2010

Roselle oh Roselle~!!!

Salam sume...

Tadi baru je dapat bunga Roselle segar dari kawan opis. seronok sangat!!! maceh ye Yang..!!! aku memang ngidam nak minum air roselle ni. hihihihi.. sekadar mengidam je ehh :P

Rugi kalau kita tau minum je, tapi tak tau apa khasiat bunga roselle nih.. kat sini aku nak bagitau apa khasiat roselle.. banyak betul khasiat roselle ni. memang berbaloi-baloi..!!!








Khasiat Roselle :-

* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan


NUTRISI ROSELLE

Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2.

Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan).

KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan).

Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE

Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Ha... banyak kan khasiat dia.. =)) tak sabar nya nak balik rumah, nak buat jus roselle nih.. pastu boleh buat jem roselle skali.. memang sedap makan dengan roti.. sungguh enak dimakan begitu saja....!!!!!



0 comments: