CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 23, 2011

Astro First

Salam Ahad sume....

Korang tau tak pasal Astro First tu..???
Channel terbaru Astro.
Aku dah cuba...
Bayar rm15 satu filem + 6% tax.
Program dapat tentangan dari Erma Fatima
tak percaya..???
tengok nihh

sumber : oh bulan

Ok, lupa kan hal tu.
Hari tu aku langgan cerita Aku Masih Dara.
Cerita yang lain aku dah tengok.
Senang jek cara nak langgan.

Pergi kat channel 480,
klik Order pada cerita yang kita nak.
Pastu nanti kat screen akan ada nombor
ala² nombor nak top up la.
Nombor tu kita kena sms kat astro.
Pastu dalam 5 minit kita dah boleh
tengok cerita yang kita pilih tu...
Buat masa ada 3 cerita yang boleh kita pilih

1. Ngankung
2. Aku masih dara
3. Damping malam

Cerita tu kita boleh tengok dalam 2 hari je.
Astro akan sms kita tarikh tamat cerita tu..


Bagi aku benda bagusla...
Yela jimat sikit kan..?
Minyak, tol lagi..
kot nak popcorn atau jajan² ke...
dah bape ringgit kan..?

Kalau dengan Astro First ni,
kat dalam rumah je.
Tak payah keluar duit minyak, tol bagai...
Kalau nak popcorn ke apa² pop pon
buat sendiri jela...
Puas hati.......
Senang kan...??





Saturday, January 22, 2011

Khurafat Yang Menyeramkan..


Aku dah tengok filem ni..
Seram.....
Tu yang boleh aku cakap..
Jalan cerita yang lain dari kebiasaan..
Suspen...


Tapi yang buat cerita ni kureng,
aku tau bila hantu tu nak keluar.
Dan aku dah standby nak tutup mata.
Hanya melihat melalui celah² jari jek...!!!
hhahah sengal tolll...
Gila penakut...

Aku bukan apa, bukan penakut gila..
tapi nanti aku asyik terbayang² je muka hantu tu
nak kan masa nak tidur..
Time tu aku takut la....
Tu la satu² nya alasan... sebab tu aku
tengok cerita hantu disebalik celah² jari...
*malu... sila jangan gelakkan saya**

Apa pon cerita ni best jugak la.
Muka hantu pon, menakutkan...
Kepada yang belum tengok, pergi la
tengok sekarang ye...
Khurafat memang serammmm....
*shamsul sila bagi saya komisen ok, kerana mempromote filem anda**




Friday, January 21, 2011

Kerepek Sengkuang Cina

Hah...
korang penah makan kerepek sengkuang cina..??
Sedap wehhhh...!!!
Rasa dia macam kerepek pisang pon ada

Alkisahnya,
masa buat kuih tako tu la.
Pergi beli barang dengan suami.
Cari sengkuang cina la
Alih² jumpa sengkuang cina yang
macam ni,

pernah tengok takk...??

Pape jela aku pon beli...
Sampai rumah, try la kupas
terus masuk mulut.
eeee yurkkk....
tak sedap langsung!!!
Aku dah risau dah.
Dah la beli banyak.
Takut si suami bising.
Cover² je cakap sedap bagai....

Tup² aku teringat,
pernah tengok ada satu blogger ni
dia goreng.
Aku pon cuba la..


Kupas²...
pastu sagat nipis²
then gureng laaa......
shedapppp weyyyy....!!!
try la...
sengkuang cina tu pon murah jekk..

abai kan minyak² tu, kerana ia baru kluar dari kuali :)




Kuih Tako di Hari Thaipusam ~~~~

Hai...
Dah lama gila aku ngidam kuih ni..
Tak mo beli², aku nak buat sendiri **berlagak sungguh**

Semalam dah terlaksana pon hajat aku..
Gigih tu buat kotak pandan tu.
Geram tengok daun pandan yang
ofismate aku bagi
gila lebar²...!!!

Nak tau macam mana aku buat kotak pandan tu..??
**kalau taknak tengok pon, aku nak tunjuk jugak..!!**

taaraaaaaaa........

jangan gelak pulak tengok aku keluar pembaris ehhh..

1. Ukur daun pandan, nak bagi semua bersaiz standard. hi³
Aku ukur 4.5cm.

2. Lipat daun pandan kepada 5 lipatan.

3. Gunting daun pandan seperti di atas ye. Jangan
sampai putus, separuh je ye..

4. Pandai² la menyilang daun pandan tu ye..
aku pon 3 4 kali try baru jadi kotak tu.
Aku nak tunjuk pon tak reti
nak tulis macam mana

5. Bawah kotak tu, haruslah jadi macam ni,
versi aku punya la. Kalau orang lain
punya aku tak tau la.. :D

Selesai buat kotak pandan, kita masak plak lapisan atas bawah..

Untuk lapisan bawah :-


Bahan² :

5 - 6 helai daun pandan (1 cawan jus daun pandan)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula (kalau taknak manis, boleh kurangkan)
4 cawan air
1/2 cawan sengkuang cina (potong dadu)

Cara² nya :

1. Blend daun pandan dengan secawan air.
Tapis dan ambik jus nya saja

2. Campur semua bahan dalam periuk.
Masak sampai agak² pekat dengan api perlahan.

3. Bila dah masak, tuang ke dalam kotak daun pandan.
Anggaran 2/3 daripada kotak ye..

Untuk lapisan atas :-


Bahan :

3 cawan santan
1/3 cawan tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara² nya :

1. Campur semua bahan dan masak atas api perlahan ye.
Bila agak² pekat sikit.
Tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi ye.
Biarkan kuih tako sejuk.
Kalau suka sejuk², boleh masuk kan dalam peti ais.


Komen membina dari mak aku :-

Kuih lembik sikit.. lain kali kalau nak buat, biar lapisan tu pekat²
baru tak lembik²....






Wednesday, January 19, 2011

Ayam Goreng Berempah Daun Kari + Pak Choy Bersos Lada Hitam + Jus Carrot Susu

Wahh.... lama dah tak update ini blog..
Hari ini aku nak kongsi resepi yang senang dan sedap!!!
Sabtu lepas aku masak lauk ni,
Suami asyik dok cakap
'' ayam ni sedap la...''
Rasa seronok sangat bila
kita masak, orang cakap masakan
kita sedap kan...??

Meh tengok apa yang aku masak hari tu..



Nampak sedap tak???
Memang sedap pun...!!!!
Yang serdak² tu pun sangat sedapppppp

Ni aku nak kongsi resepi ayam ni.

Bahan² :-

Ayam
2 batang serai
6 ulas bawang putih
halia (lebih kurang sebesar ibu jari)
7 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari daging
garam secukup rasa

Cara² nya :-
Kisar serai + bawang putih + halia.
Gaulkan ayam dengan bahan kisar dan
dengan semua bahan yang kat atas tu.
Perapkan.
Lagi lama lagi sedap okeyyy...!!!

Pastu goreng la....
sedap weyyy
kalau makn dengan nasi panas
perghhhh....

Ada lagi satu resepi yang aku nak kongsi.


Sayur Pak Choy Bersos Lada Hitam..
Sedap jugakk...

Bahan² :-

Sayur Pak Choy
1 ulas Bawang putih
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
Sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung

Cara² nya :-

Sayur dicelur separuh masak, kemudian ditoskan.
Lepas tos, susun sayur atas pinggan.

Bawang putih dicincang.
tumis bawang putih sampai naik bau,
masukkan 1/2 cawan air, masuk sos tiram
ikut suka la nak letak banyak mana.
masukkan lada hitam.
letak garam + serbuk perasa,
seimbangkan rasa.
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air,
masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam
sos dan kacau hingga pekat.
Bila sos dah masak
siramkan sos atas sayur.
Siappp..!!!

Dah boleh makan dahhhhh......!!!!

Opppps..!!
belum boleh makan lagi.
Air tak de...
Hari tu aku buat Jus Carrot Susu
Sedap weyyyy..
Meluncur laju je kat anak tekak nih...

Letak ais sikit..
Memang sedappppp
Nyaman jehhhh.....

Kita minum dulu....!!!!!!






Tuesday, January 11, 2011

Lepat Pisang

Hari Ahad lepas, aku buat lepat pisang..
Geram aku tengok daun pisang yang
masak ranum kat rumah mak.
Cakap dengan mak, nak buat ikan cencaru bakar
pastu mak aku tolong ambik kan daun,
salai daun..

Pastu malam sikit kita orang pegi pasar malam Semenyih,
terjumpa lak pisang masak.
Teringat pulak nak buat lepat pisang,
terus je beli pisang tu.

Esok nya, bangun tidur
terus buat operasi lepat pisang.
dan
akhirnya
menjadi lepat pisang aku
biar pon pisang nya lebih,
tepung nya kurang
tak pooo...
janji sodapppp...!!!!
kikikikikikiki......

cara dan ini la dia lepat pisang aku..!!

Ikan cencaru bakar tak jadi buat
sebab daun pisang dah habissss...

Sekian, Terima Kasihhh...

(^_^)




Friday, January 7, 2011

26 tahun sudahhh...

Ye... ye... ye...

Saya sudah berumur 26 tahun hari ini

Masih belum tua lagi..
uhuhuh....

Apa pon aku bersyukur la dapat
hidup selama 26 tahun ni.

Syukur sebab dapat mak dan ayah
macam mak ayah aku..

Syukur sebab dapat adek beradek
macam adek beradek aku
gaduh-gaduh pon baik jugak
gaduh-gaduh pon masih nak tolong
menolong
gaduh-gaduh pon masih bertegur sapa
Adatlah kan, gaduh² tu...
Asam garam kehidupan...

Syukur sebab dapat suami
macam suami aku..
Keburukan aku sentiasa dilindungi dengan kebaikan suami
Keburukan suami sentiasa dilindungi oleh kebaikan aku
Allah tu maha Adil kan...
Syukur sangat....

Dihari tua aku ni
aku tak minta hadiah pon..
Cukupla dengan ucapan dan ingatan
dari orang² yang terdekat.
Kalau dapat hadiah pon tu kira bonus pada aku.

(^_*)

Malam tadi aku dapat hadiah dari suami aku..
seronok bangat...
Hadiah yang sangat diperlukan
pada masa yang memerlukan..
** ada paham ka ini ayat...???**

Kebetulan wallet aku dah terkoyak
Lalu suami pon hadiah kan sebijik wallet..
Kebetulan handset aku buat hal
Lalu suami hadiahkan sekeping handset...
Best kan...??
Ni la yang aku katakan
Hadiah yang sangat diperlukan
pada masa yang memerlukan......!!!!
uhuhuhu....

Disamping ucapan² dari adek beradek dan kengkawan aku..
aku rase seronok sangat...


ni la rupa nya wallet aku yang dah nazak tu..
uhuhu..


ni pulak handset aku yang dah sakit...

(T_T)

Sebab tu la suami aku hadiahkan benda yang aku perlukan...


taraaaaaa.....
sebijik wallet Carlorino
dengan
sekeping handset Samsung Champ
tak la mahal mana pon..
tapi syukur sebab ada orang nak bagi...
Alhamdulillahhhh...

Ni antara ucapan² dari adek beradek dan kengkawan aku

ni dari Along aku

ni dari adek aku...

ni sebahagian dari kengkawan fb

Apa pon terima kaseh sume
yang bg ucapan...

Ye.. aku akhiri entry ini dengan ucapan


TERIMA KASEHhhhhhh..






Wednesday, January 5, 2011

Apam Coklat..

Salam,..

Sebenarnya apam coklat ni dah lama sangat aku nak buat
tapi tak de acuan dia..
Bulan lepas aku balik rumah mak,
singgah jap kat kedai bakery
ternampak lak acuan kuih lompang
terus aku beli..

Bila dah sampai rumah,
terus aku buat...
menjadi...
sedap...!!!!
Bahan² pon memang dah ada kat rumah
Nak buat pon, tak de la susah mana
senang jekk...

Semangat berkobar² bila tengok ofismate
aku buat apam coklat ni.
Tu yang tekad nak cari acuan kuih lompang tu.
Sebelum ni tak nak buat sebab acuan tu tak de,
macam tak best la pulak kalau buat apam coklat
tu bentuk lain-lain kan...
Sekarang nih, hari² pon boleh buat...
uhuhuhuhu....


sebelum masak

sebelum masak -
ada lebih aku masuk kat dalam bekas plastik putih tu

baru je angkat dari pengukus

sedapppp......





Monday, January 3, 2011

Mari buat SUSHI...


Salam...

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2011 kan..
Rasa cepat sangat masa berlalu..
Bertambah lagi satu angka umur aku...

Aku rasa belum terlambat kot nak
ucap

'' SELAMAT TAHUN BARU ''

Moga harapan, cita² aku pada tahun ni
akan tercapai..

Aku tak mintak banyak pon...
Cuma tu je la..

Kesihatan.. Kebahagiaan.. Kesejahteraan
kami sekeluarga..
aminnnn........

---------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas aku ada cuba² buat sushi
Alhamdulillah menjadi...
Walaupun tak sesedap Sushi King..
ah... kira jadi la tuhh
janji sang suami kekenyangan
...........

^_^

kira sedap la tu..
hiihihi.....

Ni kira sushi yang sangat simple..
senang sangat² okey..!!!

Kalau nak cuba pon boleh..
Ni aku nak tunjuk cara aku buat yehhh

Mula² korang mesti la kena ada bahan² kan
kalau tak da camna nak buat... =))


Bahan² nya :-



Beras sushi tu masak ikut cara yang dia
tulis kat belakang ye...
(bila dah masak gaulkan nasi dengan sedikit minyak)

Hotdog, crabstik tu rebus dulu ye..

timun tu pulak potong memanjang..

Satu lagi bahan yang tak da dalam gambar,..
lada sulah..
terpulang pada selera masing²
nak letak lada sulah ke..lada hitam.. garam ke..
ajinamoto ke..
terpulang k...!!!

Cara² nya pulak :-




sediakan plastik yang lebih besar dari seaweed ni ye..
letakan seaweed atas plastik



letak beras sushi yang dah masak.
ratakan..


taburkan lada sulah..


letak crabstik/hotdog dan timun yang dipotong panjang²


kemudian, gulung perlahan² ye..
oleh kerana kerakusan aku seaweed tu terkoyak..!!
jangan ganas² okeyy..


pastu potong ikut saiz yang korang nak k...



taraaaaaaa.... ni la sushi aku..!!
dah siap.....



CUBA LA.......