CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 27, 2013

~ Ketam Goreng dalam Sos Tomato ~

Yuhuuuuuuuu.... 
tak beragak betul nama resepi kali ni ye..
huhuhuhuhu... resepi ni aku main tibai jee..
alkesah nya... dah lama kot tak makan ketam
tiba² nak makan ketam.. tak kira nak ketam jugak
so, balik keje singgah la kejap kat kedai beli ketam
pada asal nya nak rebus ketam dengan serai je..
bila bukak peti ais, serai tak do... pastu nak buat gulai plak
eh serai tak da la... macam mana ni.. dok pikir²...
termenung jap depan peti ais..
tengok tomato ada.. 
tup² terlintas resepi simple ni...
apa lagi aku pon mula la masak incik crab ni

boleh tahan jugak rasa dia..

bahan:
ketam 2 ekor belah jadi 4
1/2 biji tomato ~ potong dadu
sebiji bawang merah ~ hiris nipis²
sebiji bawang putih ~ potong dadu
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato

cara;
gaulkan ketam dengan garam & kunyit
goreng ketam sampai masak
tumis bawang merah & putih hingga naik bau
masukkan cili kisar, kacau rata
masukkan sos cili & tomato
kacau rata.. 
masukkan tomato masak sampai tomato 
dah macam nak hancur
letak garam, serbuk perasa
baru masukkan ketam 
kacau sebati 
siap!!

Tuesday, February 26, 2013

~ Ikan Bakar Ala-Ala Sekinchan

salam semua... ritu teringin betul nak makan 
ikan bakar kat restoran sekinchan..setelah digoogle²..
jumpa la resepi ikan bakar ni...

sedap tau ikan bakar ni..
dah 2 kali aku buat dah
ikan yang berbeza.. tapi rasa dia tetap ummpppp...
aku suka buat cara ni sebab tak payah nak susah²
bakar atas arang ke apa...
bakar atas kuali je... senang keje..

 ikan bawal bakar 

 ni perah sikit limau kasturi bagi ada rasa masam² sikit..
sedappp...

ni pulak ikan cencaru...
sempat amik gambar masa tengah dibakar je..
yang dah siap, dah ngap baru ingat nak amik gambar..
huhuhuh....

nah aku nak share resepi

bahan;
1 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2 inci kunyit hidup* ~ aku tak letak, lupo!!
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
sesudu besar udang kering*
* kisar bersama
2 sudu besar cili kisar ~ kalau nak pedas tambah cili api
asam jawa 
1/2 cawan air
daun pisang & aluminium foil
garam, gula, serbuk perasa

cara;
tumis bahan yang dah diblender hingga wangi dan garing
masukkan cili kisar dan tumis sampai cili agak² masak
masukkan asam jawa. kacau rata
letak garam, gula, serbuk perasa
agak² dah mendidih, masukkan air dan tunggu sampai masak
setalah sambal masak, bahagi pada 2 bahagian.

cara nak masak;
bentangkan aluminium foil, 
letak daun pisang atas aluminium foil
letak ikan (tak kesah la apa² ikan pon)
siram ikan dengan 1 bahagian sambal tadi
balut ikan kemas² dengan aluminim foil tadi
pastu bakar la atas kuali leper sampai ikan masak
balik² kan ikan.. kalau tak nanti sambal tu hangus plak...
macam yang jadi kat ikan bawal aku kat atas tu.. terhangus sikit..huhu
ikan cencaru plak adalah cubaan kali kedua..
memang sedap... puas hati sangat dapat makan ikan bakar ni...

bila ikan dah masak.. siram ikan dengan sambal yang lebeh tadi
sedap dimakan dengan nasi panas berasap..huhu

 

Wednesday, February 20, 2013

~ Kuih Sagu Mata Ikan ~

Salam semuaaa... baru la dapat nak update blog ni
sepanjang minggu lepas sebok sangattt...

minggu lepas, hari raya cina tu aku buat kuih ni..
kuih sagu mata ikan.. teringat arwah ayah 
sebab kuih ni kuih feberet dia.. kalau arwah ayah
ada lagi nak je hari² aku buatkan kuih ni untuk ayah..

kuih ni senang je kalau nak buat.. terlalu senang kott
huhuh.. meh tengok cara buat kuih ni ye..

bahan;
1 cawan sagu mata ikan
3 cawan air
gula secukup rasa
beberapa titik sirap
kelapa parut 

cara;
didihkan air, masukkan sirap 
bila air dah mendidih, masukkan sagu mata ikan
kacau ratakan.. lebeh kurang dalam 10 minit gitu
bila dah nampak pekat, masukkan gula 
kacau lagi..jangan masuk gula awal² tau..
masa sagu tu masih putih² 
alihkan sagu ke bekas/loyang untuk dikukus plak
kalau tak nak kukus pon tak pe.. 
biarkan sagu masak sampai pekat.. 
tujuan untuk kukus tu, untuk mengekalkan 
bentuk sagu yang bulat² tu..
kalau tak nak kukus, bolehhh..
tapi jangan selalu kacau sagu tu, takut 
sagu tu hancur kalau asik dikacau²....


aku kukus sekejap sagu ni..
tak ingat berapa minit.. pandai² adjust..

 
 taraaaa....
ni la hasil nye...
untuk kelapa parut tu, letak garam sikit ye..
gaul² kan pastu potong kuih sagu
dan salutla kelapa parut 
pastu apa lagiiii
makan laaaaaaaaaaaaaaaa.....
 

Tuesday, February 5, 2013

~ Cucur Jagung ~

hai sume.. 
ahad lepas aku buat cucur jagung
ni kes mengidam cucur jagung lepas
makan cucur jagung kat cafe opis..
sedap weii..
aku ni memang minat..suke kat jagung..
pape masak la..
 kalau dengan jagung, memang aku layan
dulu masa kecik², mak aku suka 
masak sayur campur
dalam sayur tu mesti ada karot, bunga kobis,
dengan putik jagung..
kalau aku makan, mesti aku pilih jagung tu je..
ahahhaha...sedap wey jagung ni...
 
taraaaa...
cucur jagung aku

bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh yis
karot - hiris nipis²
sebijik telur
1 cawan udang - cincang
daun sup/bawang/kucai - cincang
 air secukup nya

cara;
campurkan semua bahan
pastu goreng laaa...
sedap dibuat minum pagi atau petang sambil
minum air teh roibos... ☻

 

Monday, February 4, 2013

~ Kari Hijau Thai Tupperware ~

salam isnin sume...
lama dah tak update. sibuk tol sepanjang minggu lepas
banyak dugaan yang menimpa
tapi alhamdulillah semua nye dah selamatt..

hari sabtu ritu, aku masak kari hijau
guna pes je.. tupperware punye produk
dulu ada belek² katalog tupperware
tup² ada segala macam pes²..
ada sos masam manis.. rendang.. kari hijau..
ada la lagi 4 5 macam pes..
aku beli pes kari hijau je..
sedap jugakk... boleh laaaa...

ha ni la pes kari hijau tu..

hasil nyeee.....

oleh sebab kat kotak tu ada brokoli kan..
so aku pon ikut la letak brokoli..
senang je cara masak dia..
huhu...

bahan :
pes kari hijau
ayam
brokoli
santan

cara :
gaulkan pes kari hijau dengan ayam dalam periuk
masak dengan api yang sederhana.
masak dalam 5 minit camtu..
pastu masuk santan..
kacau sebati..
pastu rasa la, kalau nak letak garam ke aji ke
ikutla... aku letak garam sikit.. aji sikit...
sedap makan dengan nasik panas².. kalau
boleh keringkan sikit kuah kari tu.. baru pekat..

 oo.. lupa plak... 1 kotak ni ada 2 pek,
1 pek = 100 gram
boleh masak 2 kali kalau family yang kecik²
yang lagi 1 tu, aku nak buat daging plak
tengok camne rasa dia..