CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 17, 2011

~~ Kek Pisang Kukus ~~

Haii..
Entry lepas aku ade cakap yang aku beli pisang kan?
ha..! ni aku dah manfaatkan pisang tersebut.
aku buat kek pisang kukus.
sedap weyyy...

Cara dan bahan nye pon senang² belaka..
aku buat kek ni, guna blender jek.
teramat la sonang ai resepi ni.
resepi kek pisang ni aku dapat dari opismate.
korang² cer try, cer try...
konpem korang suke punye..

ni la kek pisang aku.
baru je kuar dari pengukus ni.
panas lagikk..
satu adunan tu boleh dapat 2 bekas cmnni.

ni plak dah siap potong..
lembut dan gebus jek kek ni...

Ni aku letak resepi kek ni.. rerajin la cube ye ^_^

2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang lecek (aku gune 4bijik pisang berangan)
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
secubit garam (kalau suke la)

1- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder
2- Blend telur dan gula hingga kembang
3- Masukkan minyak dan esen vanila. Blend lagik
4- Lepas blend, masukkan bahan yg diblend dalam bekas besar
5- Gaulkan dengan tepung gandum
6- Sebatikan adunan dengan pisang lecek
7- Gaul hingga sebati
8- Masukkan kedalam bekas /loyang (lebih kurang separuh dr bekas /loyang)
9- Sedia untuk dikukus... (kukus kek lebih kurang 45minit - 1jam)

*******

Pastikan air kukusan mendidih ye sebelum kite mengukus kek.
Kalau guna bekas/loyang yang terdedah, sila tutup dengan aluminium foil



0 comments: