CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 1, 2011

Kronologi 2 line....~~~!! part 1

Alhamdulillahh....

Aku mula kan bulan Mac ni dengan
entry yang gila² meng'hepi'kan aku..

Aku dah pregnant weiii....!!!
hepi gileeeeee.........!!!
Alhamdulillah..
Setahun aku tunggu.
Betul bak kata orang
' penantian itu satu penyiksaan '
Tapi aku betul² bersyukur dengan kurniaan ini.
Sekali lagi..
Alhamdulillahhhhh.....

-----------------------------------------------------------------------------------

~ Kronologi 2 line ~

Cerita ini bermula dari....

Aku tak datang period, last period 24-12-2010..
lewat dah 3 minggu.
Dalam masa tu, macam² aku rasa,
kalau malam badan aku panas gila
macam nak demam, tapi siang ok jek.
Kalau masa makan pulak, ada rasa loya-loya.
Pastu asyik² lapar jek. Baru lepas makan
dah lapar. Sampai suami pon naik heran jugak la.
Asik-asik nak makan je...

Pastu kan masa naik keje
lepas cuti raya cina hari tu
aku ada menyampah dengan
sorang ofismate aku ni..
Memang menyampah gila²..
Dia pulak suka sangat menegur sapa dengan aku..
Kalau pagi² tu, aku siap sorok muka lagik
tak nak bagi dia tegur aku.
Buat² tidur la... buat² tak dengar la
dia panggil..
Ntah la memang aku tak suka gila la kat dia.

Masa ni dah terdetik kat hati
"mengandung ke aku ni..??"
Aku cite la kat suami,
dia pulak kata hujung bulan baru gi check.
Aku pon ok jela..

Tapi.....
Sesunguhnya aku ni jenis orang yang tak sabar,
11-02-11 hari jumaat aku ajak member pegi Anjung,
aku nak beli pregnancy test tapi member aku ni ada....
segan pulak
alih² aku kelentong dia, aku nak carik ubat gatal.
hukhukhukhukhukkk....
Saja² je aku yang konon² nya nak carik ubat gatal,
aku ingatkan member aku ni
nak tengok barang lain.
Tapi dia asik ikut aku jek...
sabo jela....
Last² aku rembat gak pregnancy test tu.
Dua lagikk...
Pastu aku cakap kat member aku tu,
' ala saja nak buat stok '
iihihihiihih.....
Nasib baik dia tak banyak tanya...

Esoknya, 12-02-11 aku bangun tidur,
kebetulan suami baru balik (shif malam)
terus aku aku buat UPT..
Pastu.....
terus naik 2 LINE...
laju....
jelas.. nyata.. dan terang..
menjerit aku pagi-pagi tu...
terus tunjuk kat suami.
Dia pon dah terlompat-lompat....
hhahahahh....
seronok gilaaaa!!!!!!

Ni 1st UPT
12-02-2011 / Sabtu @ 7.41 pagi

Ya Allah time ni memang seronok betul...
Aku siap mms gambar ni kat adek beradek aku...
tak lupa jugak,
aku post status kt FB.

bersambung....